Friday, April 13, 2012

Antap v1.0a - Dapatkan Pautan Youtube Anda

GAMBAR CONTOH!

Apakah perisian ini?

Perisian ini diberinama Antap v1.0 (Alpha). Secara asasnya perisian kecil ini akan cuba mendapatkan pautan Youtube dari laman web tertentu yang memerlukan anda klik pautan 'Share' atau 'Like' terlebih dahulu untuk menonton video tersebut.



Kenapa perlunya perisian ini?

Ada sesetengah pengguna mungkin tidak berminat untuk menggunakan perkhidmatan web tertentu yang memerlukan anda menekan butang 'Share' atau 'Like' terlebih dahulu sebelum boleh menonton video kegemaran anda. Teknik sesetengah laman web ini hanya untuk mendapatkan jumlah pelawat yang secara rambang sahaja.

Secara asasnya, kesemua video tersebut telah di host kan di laman Youtube.com. Kebanyakan laman web 3rd party ini direka untuk mendapatkan jumlah pengguna dari 'Like' atau 'Share' secara rambang oleh pengguna.

Sesetengah pengguna akan mendapati ianya sangat mengganggu (Annoying). Berikut antara laman web yang digunakan:

1. www.melayu.tv
2. www.melayutv.info
3. www.melayutv.com
4. www.melayutv.org
5. www.dailymotion.com (By pass Digg Facebook App)
6. www.digg.com (By pass Digg Facebook App)
7. www.zapkolik.com (By pass Zakolik Facebook App)
8. atau pautan yang disalin dari facebook.



Bagaimana cara menggunakannya?

Ikuti langkah mudah berikut:

1. Muat turun perisian ini. (Perisian ini memerlukan .Net Framework 2.0 untuk digunakan - Klik sini sekiranya belum ada)

2. Run terus perisian ini. Lihat imej dibawah.



3. Dapatkan URL yang anda ingin menonton video tersebut. Copy dan paste pada program Antap ini. Lihat contoh imej dibawah:



ATAU

4. Kemudian klik butang GO! dan Youtube link akan terpapar.



5. Jadi, hanya perlu klik pada pautan Youtube tu untuk menonton. Selamat mencuba!



Muat Turun

Klik disini untuk muat turun.

NOTA: Perisian ini tidak mengandungi apa-apa virus atau kod yang mencurigakan. Anda juga boleh membuat imbasan dari perisian antivirus anda untuk melihatnya sendiri.



Versi Web Boleh diakses disini

http://www.data0.net/antap.php

4 comments:

  1. Thanks for visiting.. got any problem/bugs just let me know.

    ReplyDelete
  2. mantap dari kamil..nama software xleh blah..hahahah

    ReplyDelete